Sunday, August 15, 2010

Bazar Ramadhan...

Alhamdulillah... kita semua sedia maklum, sekarang setiap dari kita yang beragama Islam menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak... Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua... Semoga puasa kita diterima oleh Allah....

Bila datang bulan Ramadhan pastinya lazim kita dengar Bazar Ramadhan, sudah menjadi kewajipan disetiap tempat ada bazar Ramadhan ini... mustahil tidak ada...

Untuk entri kali ini, saya nak kongsikan dengan anda tentang apa yang perlu ada di Bazar Ramdhan, terutama kepada para peniaga yang terlibat... ini lebih kepada peraturan dan undang-undang yang sedia ada... Mungkin ada diantara kita yang tidak mengambil berat soal ini... Tidak mengapa, saya akan kongsikan...

Terdapat dua Akta yang terlibat sekiranya seseorang peniaga ingin menjual pelbagai jenis lauk-pauk, kuih muih dan apa saja jenis makanan di Bazar Ramadhan… iaitu:

========================

Akta Kawalan Harga 1946;
Akta Perihal Dagangan 1972

Dua akta ini perlu dipatuhi oleh semua peniaga… Jika tidak hukuman atau penalti akan dikenakan…

Jom kita check akta-akta tersebut dan apa yang berkaitan dengannya…

Akta Kawalan Harga 1946, iaitu Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993…


Perkara 3(1) - Tiap-tiap penjual runcit barang-barang hendaklah meletakkan label, tag atau tanda pada barang-barang itu atau pada beg atau bekas barang-barang itu yang dipamerkan sama ada untuk jualan atau sebagai contoh barang-barang jualan dalam premis penjual runcit yang menunjukkan harga tunai bagi tiap-tiap satu unit timbangan atau sukatan barang-barang itu.

Perkara 3(2) - Tiap-tiap penjual runcit barang-barang itu, jika jenis atau saiz barang-barang itu tidak sesuai untuk diletakkan label, tag atau tanda pada barang-barang itu atau pada bekas barang-barang itu menurut subperenggan (1), hendaklah menyenggara dan mempamerkan satu senarai yang memperihalkan barang-barang itu supaya barang-barang itu dapat dikenali dengan jelasnya dan menunjukkan bersetentangan dengan barang-barang menunjukkan harga bagi tiap-tiap satu unit timbangan atau sukatan barang-barang itu.


Perkara 3(3) - Butir-butir yang dikehendaki oleh Subperenggan (1) dan (2) bagi label, teg, tanda atau senarai itu hendaklah dalam Bahasa Malaysia dan jika penjual runcit itu tidak faham Bahasa Malaysia maka hendaklah juga ada suatu terjemahan dalam bahasa penjual runcit itu.


Perkara 3(4) - Label, teg, tanda atau senarai itu hendaklah dibuat mengikut saiz dan warna yang diletakkan dengan sebegitu cara supaya mudah dilihat dengan jelasnya oleh seseorang yang hendak membeli.


Perkara 3(5) - Harga yang disebutkan hendaklah dalam Ringgit Malaysia.


Kepada para peniaga, pematuhan terhadap akta ini sangat-sangat perlu diambil perhatian… Sekiranya tidak, hukuman atau penalti akan menanti anda!

Anda sebagai pengguna dan pelanggan perlu perhatikan perkara ini jika ke Bazar Ramadhan di tampat anda… Kerana anda sebagai pengguna / pelanggan mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat harga makanan yang dijual…


Sekarang saya nak kongsikan dengan anda Hukuman atau Penalti yang bakal dikenakan kepada peniaga yang ingkar dengan akta diatas…


Sek. 22 (1) Akta Kawalan Harga 1946
Individu – Denda tidak melebihi RM15,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala untuk kesalahan kedua – Denda tidak melebihi RM25,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.


Sek. 22 (2) Akta Kawalan Harga 1946
Pertubuhan perbadanan  – Denda tidak melebihi RM25,000.00. Manakala untuk kesalahan kedua – Denda tidak melebihi RM50,000.00.


Sek. 14 – Petunjuk palsu dan mengelirukan tentang harga barang-barang.


Sek. 18 (1) Akta Perihal Dagangan 1972
Individu – Denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala untuk kesalahan kesalahan kedua – Denda tidak melebihi RM200,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 tahun.


Sek. 18 (2) Akta Perihal Dagangan 1972
Pertubuhan perbadanan  – Denda tidak melebihi RM 250,000.00. Manakala untuk kesalahan kedua – Denda tidak melebihi RM500,000.00.

Sumber : KPDNKK

Friday, August 13, 2010

Assalamualaikum....

Aku_Pengguna... sebuah blog perkongsian yang bakal mewarnai dunia maya anda...

Bakal berkongsi dengan anda hal-hal berkaitan pengguna dan kepenggunaan... Juga dikongsikan tips2 berkaitan pengguna... 

Semoga anda mendapat manfaat dan faedah daripada blog ini...

Sekian untuk entri yang pertama,

Ikhlas dari Admin blog Aku_Pengguna